Tuesday, May 25, 2010

Thoughts on Examination

Janganlah engkau meninggalkan diriku di awan yang terpilu. Kerana mimpi ku yang di cinta, aku menjadi kembara. Diriku kini bagai camar, melintas laut mencari pohon untuk berteduh.

Kerana diri ku telah menikmati cintamu, aku kembara mengikut lagu dari bisikan hati yang mendamba hati yang paling setia.

Kini diri ku yang dulu dihadiahkan sepasang sayap tidak terlihat lagi. Menjadikan seumpama mimpi yang tersimpan. Jadi rintik rintik hujan, menciptakan awan yang terpilu.

Rintihan didalam puisi ini terhampas lantas, kerna tidak kesampaian hajat yang meronakan. Gelora rindu ku kepadamu. Jangan lah engkau menipu usaha ku untuk mencapai cita-cita ku. Kerna itu lah cinta ku.

Ingin sekali aku ungkapkan isyarat jiwa dengan sempurna supaya kau mengerti. Supaya kau sedari, keadaan ku yang memerlukan mu untuk diriku mencapai impianku.

-izati-