Tuesday, January 18, 2011

Syair Siti Sianah


Setengah Perempuan terlalu janggalnya,
Roma dimuka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki tampakkan muka,
Supaya laki2 boleh meyangka,
Ianya elok tiada terhingga.

Setengah perempuan sangat pesolek,
Berhias berdandan berpakai molek,
Didalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek.

Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
Seperti buaya besar mulutnya.

Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.

Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan,lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,’
memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki2 matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.

Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah taala,
Supaya laki2 berhati gila.

Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskan,
Jangan menjadi betina sempolah.

Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah membadi.

Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakuan yg tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk dibuntut...



~Abu Hassan Sham(Puisi2 raja Ali Haji)

I just want to remind myself and all the ladies out there, kita sebagai wanita haruslah menjaga pergaulan kita antara lelaki. Janganlah kita terlampau bebas. Kerana lelaki yang tidak bertanggung jawab akan membinasakan kita.

Kita sebagai wanita mesti menjaga akhlak dan adab sopan santun supaya tidak dieksploitasi oleh lelaki yang tidak bertanggung jawab.

Kita sebagai wanita mesti lah menjaga kecantikan diri tetapi janganlah sampai berlebih-lebihan. Kerana ini boleh menimbulkan fitnah.

Tercatit dalam sejarah Islam, bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi.

Allah lalu menurunkan firman Nya : "Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim : 1)Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah wanita itu sendiri. Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat. Oleh kerana itu, wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang perlu dijauhi. Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan.

Apabila masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina kebahagiaan, maka mereka akan mengecapinya dengan sempurna. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : "Sesempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya,dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya." (Riwayat Tirmizi). Dan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Amru al-Ash, bahawa Rasulullah bersabda : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)


-izati-

No comments: